Pages

Display

Display
Ideal lifetime partners

Saturday, September 18, 2010

Air Gamat ( Stichopus Variegatus ) – Rawatan Tradisional Untuk Demam Denggi ?

Saya pernah membaca serta banyak mendengar tentang pelbagai khasiat air ajaib ini, antaranya , boleh menyembuh luka-luka ringan, diabetes, ulser, melegakan lemah badan selepas bersalin, sebagai tonik untuk rambut, boleh menrejuvenasikan kulit serta mampu mengembalikan kadar platlet darah seseorang pesakit demam denggi .

Cerita keajaiban atau keampuhan air gamat/air ajaib ini ingin saya kongsikan berasaskan tiga kes.Lebih kurang dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini, iaitu pada tahun 2006, saya pernah terbaca testimoni oleh seorang wanita dari Semenanjung Malaysia dalam salah sebuah akhbar tempatan tentang kejadian dengan meminum beberapa camca air gamat dia sendiri dan selepas itu disyorkan untuk diminum oleh anak seorang kenalannya, kadar platlet darah pesakit – pesakit tersebut pulih. Berdasarkan testimoni tersebut , saya pun menasihati isteri saya membeli air gamat ketika dia menziarahi anak perempuan kami yang baru-baru ini ditahan di wad khas pesakit denggi di Melaka .Sebelum dimasukkan ke wad, anak kami mengadu mengalami demam sehingga suhu badannya mencecah 39°C, sering mual-mual dan muntah, lemah-lemah badan, ruam-ruam mulai kelihatan pada kulitnya serta menurut doktor hatinya sedikit bengkak . Selepas meminum air gamat sebanyak dua kali, Alhamdulillah, dengan berkat serta keizinan Allah S.W.T , keampuhannya terbukti. Anak perempuan kami didiscas lebih awal daripada beberapa orang pesakit yang telah dimasukkan di wad tersebut.

Saya juga tersedia maklum tentang gejala-gejala serta rawatan klinikal berkaitan jenis-jenis demam denggi seperti demam denggi klasikal dan demam denggi berdarah yang membawa maut . Namun, untuk pengetahuan umum, sama ada para pakar mahupun semua warganegara Malaysia yang tercinta, apakah fenomena dalam perkongsian saya ini kerana kekuasaan Allah SWT ( SUDAH PASTI ), atau cuma kebetulan atau sememangnya Stichopus Variegatus yang merupakan kurniaan Allah SWT daripada gedung perbendaharaan serta kekayaanNya ini memiliki keampuhan. Secara peribadi saya ingin memohon agar pelbagai pihak membuat penyelidikan serta kajian mendalam termasuk mencari bukti-bukti yang kukuh dalam hal ini untuk manfaat warga industri berkaitan GAMAT di Malaysia serta seluruh warganegara Malaysia .

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-53 ( 1 Malaysia Menjana Transformasi ) serta kepada seluruh umat Islam semoga beroleh dua bentuk kejayaan dan kemerdekaan berganda dalam bulan Ramadan al-Mubarak tahun 1431H/2010 M .

Personal View

My personal view on Politic - Politic is all about the rights and interests of every son of the soil.This is the very reason why people struggle and fight for either as an independent or through political parties.