Tshintamani Luminary
Friday, December 17, 2010
Dasar Kebudayaan Kebangsaan(1971)
George Tshintamani
PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN BANGSA - DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Dasar Kebudayaan Kebangsaan(1971) - digubal untuk menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia.
Objektif 1.Untuk memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan serta
memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan .
2. Bertujuan memperkaya dan mempertingkatkan kualiti
kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian seimbang
dengan pembangunan sosioekonomi .
Tiga Prinsip Utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan
1. Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang .
2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima .
3. Islam sebagai unsur yang terpenting .
HATI-HATI LO JANGAN SAMPAI DITUDUH MENJADI MALINGSIA !
Sumber : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, Halaman 217.
Friday, October 22, 2010
Tshintamani Luminary: PANDUAN UNTUK GURU PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEG...
PANDUAN UNTUK GURU PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN - DIUSAHAKAN OLEH KETUA BIDANG KEMANUSIAAN SMK. ST. TERESA KUCHING.
BUKU PANDUAN GURU
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
KHIDMAT MASYARAKAT
Mata Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan(PSK)
A 1. Mata Pelajaran PSK memberi tumpuan pada keadaan semasa
masyarakat serta keperluan masa depannya.
2.
Sivik | Kewarganegaraan |
merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. | merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya. |
3. Kurikulum mata pelajaran PSK memberi tumpuan utama pada isu
3.1 perpaduan
3.2 patriotisme
3.3 pemahaman terhadap kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia
4. PSK ialah mata pelajaran yang memberi penekanan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik yang diajar secara bertema – supaya murid menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
| TEMA * * |
1. | Pencapaian Kendiri |
2. | Hubungan Kekeluargaan |
3. | Hidup Bermasyarakat |
4. | Warisan Kepelbagaian Budaya |
5. | |
6. | Cabaran Masa Depan |
* * Tidak semestinya diajar secara urutan. Guru boleh
menyesuaikan tema ini dengan peristiwa/isu semasa yang
berlaku sama ada dalam sekolah, masyarakat atau di
peringkat negara .
5. Mata pelajaran PSK diharap dapat melahirkan individu yang
5.1 bersemangat patriotik
5.2 boleh bekerjasama dengan orang lain
5.3 mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat
5.4 menyelesaikan konflik tanpa menggunakan keganasan
5.5 menyayangi alam sekitar dan
5.6 menyumbang ke arah pembangunan Negara
B 1.
MATLAMAT |
PSK bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia. |
OBJEKTIF ( merangkumi 3 aspek ) | ||
Pengetahuan (Pengetahuan Sivik) | Kemahiran ( Kemahiran Sivik ) | Nilai ( Nilai Sivik ) |
Ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan Negara. Peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera. Kefahaman tentang pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia (mewujudkan perpaduan). Usaha kerajaan Malaysia melahirkan masyarakat progresif, dinamik dan patriotik. Peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembanunan Negara. Cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan Negara. | Disiplin kendiri dalam mencapai wawasan diri dan Negara. Tanggungjawab sebagai anggota keluarga( penglahiran keluarga bahagia). Interaksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat. Kerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama. Penyertaan dalam pembangunan masyarakat dan Negara. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi. | Berwawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan Negara. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya ( keistimewaan masyarakat Malaysia ). Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup. Keperihatinan terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama. Kesedaran sivik dan kewarganegaraan ( warganegara yang bertanggungjawab ). Bersikap patriotik dan sanggup berkorban untuk negara. Semangat kekitaan dalam Mengekalkan keamanan dan keharmonian Negara dan sejagat. . |
C 1. Peranan Guru Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran(P&P)
1.1 menggunakan strategi P&P yang merangkumi pelbagai
aktiviti dan penggunaan sumber
1.2 menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan
mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid
1.3 mempelbagaikan strategi P&P yang berpusatkan murid dan
berorientasiakan aktiviti hands-on di dalam dan di luar bilik darjah sewajarnya dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang isu sivik, menerapkan pelbagai kemahiran dan memupuk nilai sivik ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, patriotik dan bersatu padu.
1.4 diharapkan memberi penekanan kepada unsur-unsur value-added (bernilai tambah) iaitu;
1.4.1 kemahiran berfikir
1.4.2 kemahiran belajar cara belajar
1.4.3 kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
1.4.4 teori pelbagai kecerdasan
1.4.5 pembelajaran masteri
1.4.6 pembelajaran secara konstruktivisme dan
1.4.7 pembelajaran akses kendiri
1.5 mengutamakan nilai murni, semangat patriotik dan kewarganegaraan
1.6 perlu peka terhadap pembinaan akhlak dan kesedaran murid tentang hak dan tanggungjawab sebagai warganegara dengan mengambilkira aspek pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik .
1.7 berperanan membantu murid menguasai pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab .
1.8 hendaklah melakukan P&P secara berkesan dengan sentiasa memberi tumpuan kepada penglibatan murid secara aktif dalam suasana yang kondusif dan menggembirakan.
1.9 perlu menekankan aktiviti Khidmat Masyarakat yang merupakan komponen penting dalam memupuk kesedaran sivik dalam kalangan murid .
C 2. Peranan Guru Dalam Mengendalikan Projek Khidmat Masyarakat
2.1 Memandu murid dalam membuat perancangan, pelaksanaan
sehinggalah pembentangan laporan, dll.
2.2 Membuat pemerhatian
2.3 Membuat penilaian(PBS) – menilai cara murid mengaplikasikan
pengetahuan sivik, kemahiran sivik, dan nilai sivik, menilai cara
murid melibatkan diri secara langsung sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Menilai pencapaian terbaik murid dari segi komponen perancangan, kerja amali, refleksi dan pelaporan .
D Khidmat Masyarakat(KM)
1. Komponen penting dalam PSK
2. Aktiviti ini dijalankan di luar jadual waktu persekolahan
3. Murid melaksanakan Kerja amali ini sekurang-kurangnya 10 jam setahun dan menyediakan laporan
4. KM bertujuan membina individu yang bersedia untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara
5. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah melalui penglibatan murid secara kumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti .
6. Guru harus memastikan murid menjalankan kerja projek ini mengikut tema yang ditetapkan.
Tingkatan | Tema | Aktiviti-Aktiviti Cadangan |
1 | 1. Pencapaian Kendiri | Projek Learning To Say No Projek Kaunseling Rakan Sebaya Projek Penjagaan Kesihatan dan keselamatan diri |
2. Hubungan Kekeluargaan | Kajian Kehidupan Keluarga pada masa depan Profil keluarga asas dan keluarga kembangan | |
2 | 3. Hidup Bermasyarakat | Projek mengindahkan kawasan tempat tinggal Projek rekreasi tempat tinggal Projek kenali jiran tetangga Projek Job Week Projek membantu warga tua di rumah kebajikan Projek membersihkan tempat beribadat/rumah orang tua/rumah kebajikan Cadangan meningkatkan kemudahan awam untuk golongan kurang upaya Projek khidmat sukarela di rumah anak yatim/kanak-kanak istimewa |
3 | 4. Warisan Kepelbagaian Budaya Masyarakat | Persembahan kebudayaan pelbagai kaum Projek jualan makanan pelbagai kaum Pameran pelbagai budaya Malaysia Cadangan pemuliharaan bangunan/artifak bersejarah Kajian senibina bangunan bersejarah Projek stesen radio sekolah |
4 | 5.Malaysia Negara Berdaulat | Kajian tentang sumbangan pemimpin Pengumpulan episod menarik dalam sejarah Pengumpulan kisah/cerita patriotik Pameran maksud/erti Merdeka Kajian latar belakang dan maksud bendera/jata negeri dan negara Kajian tentang flora dan fauna di Malaysia Cadangan meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat |
5 | 6. Cabaran Masa Depan | Projek menyelesaikan masalah komuniti perumahan atau sekolah Projek tabungan untuk membantu pelarian/mangsa bencana alam Projek mereka cipta sistem pengangkutan mesra alam Kempen mengatasi gejala sosial Projek mereka cipta pelan perumahan/model perumahan mesra alam Projek mereka cipta alatan moden alaf baru Projek petani/penternak/peladang moden Projek membina laman web mempromosikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pelbagai bidang - pelancongan - perhotelan - pendidikan antarabangsa Pameran tentang Projek berita/bulletin warga sihat |
Saturday, October 16, 2010
Applying Cooperative Learning Activities
Applying Cooperative Learning Activities
in Teaching And Learning sessions
in
SMK ST. TERESA KUCHING.
Why CL ?
- promotes learning and academic achievement
- increases students retention
- enhance students satisfaction
- develops students communication skills
- develops social skills
- develops self-esteem
- develops and promotes positive race relation
Norms and protocols or basic standards
v practice active listening
v help and encourage each other
v share
v everyone participates ( contribute )
v solve problems
v explain your ideas and tell why
v give and accept feedback from peers
v complete the task( stay on task )
- Numbered heads together – students arranged in teams/groups
v Number-off students in their teams/groups from 1 to 4
v Announce a question – time limit
v Students put heads together to come with an answer
v Call a number and ask all students with the number to stand
and answer the question
v Recognize the responses given – discuss
2. Jigsaw Puzzle I
v Assign each student in a team ¼ of the topic to investigate
v The student teaches the others or help to put together a team
product
Jigsaw Puzzle II
v Students in original groups/teams read the entire selection focussing on the assigned part of the lesson or topic
v Students meet with their expert group which has members of different teams who have studied the same selection – to discuss questions provided by the teacher
v Students return to their original group/team and take turns teaching teammates about the section they have studied
v Teacher then asseses the mastery of the overall topic
3. Tea Party
v Students form 2 concentric circles/lines facing each other
v Ask a question( on any content )
v Students discuss the answer with the students facing them
v After one minute, the outside circle or line moves to the right so that the students have new partners
v Pose a second question for them to discuss
v Continue with 5 more questions for them to discuss
v Students can write questions on cards to review for a test through this ' Tea Party ' method
4. Think-Pair-Share
v A 3- step cooperative structure
v 1st step- individuals think silently about a question posed by the teacher
v 2nd step – individuals pair up and exchange thoughts / understanding / knowledge
v 3rd step – the pairs share their responses with other pairs, other teams, or the entire group
All activities, 1 – 4 above can be applied to teaching and learning either inside or outside classrooms, irrespective of subjects( humanities,languages,technical & vocational or science/maths subjects) .
SPECIFICALLY DEDICATED TO MY FELLOW COLLEAGUES IN SMK ST. TERESA KUCHING, JALAN TUN ABANG HAJI OPENG, 93000, KUCHING, SARAWAK AIMED AT IMPROVING OUR TEAM DELIVERABLES.