Pages

Display

Display
Ideal lifetime partners

Saturday, October 16, 2010

NOTA PECUTAN TERAKHIR

NOTA PECUTAN TERAKHIR

SEJARAH 1249

SPM 201O

Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan balik, disimpan dalam sistem simpankekal, atau dipindahkan dalam bentuk sebarang cara sama ada elektronik, sawatan, salinfoto, rakaman dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat izin dari GBIA@SMK St. Teresa Kuching .

© GBIA@SMK St. Teresa Kuching 2010

SEJARAH 1249 SPM 2010

NOTA PECUTAN TERAKHIR

TINGKATAN EMPAT( 4 )

Bab 1 Tamadun Awal

1.1 Tamadun Indus – Proses Pembentukan:

Tamadun Indus muncul pada sekitar tahun 2500 S.M. dan mula merosot pada tahun 1800 S.M. Antara pendapat yang dikemukakan ia mengalami kehancuran kerana serangan orang Aryan serta bencana alam seperti banjir, kemarau, dan gempa bumi.

Penduduk nomad di bahagian barat laut India akhirnya membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus kerana Sg. Indus dapat menyediakan sumber air dan dapat menyuburkan tanah .

Bekalan air yang mencukupi, kesuburan tanah,serta kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan penghasilan pertanian dan membawa kepada pertambahan jumlah penduduk yang membawa kepada perkembangan bandar.

Dua bandar utama ialah Mohenjo Daro dan Harappa.

Bandar pelabuhan yang penting ialah Lothal dan Sutkagen Dor.

1.2 Ciri-ciri tamadun ini :

Petempatan kekal yang wujud di lembah Sg.Indus telah membawa kepada pembentukan bandar terancang.

1.2.1 Keistimewaan bandarnya ialah ;

terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok.

Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan dan tempat penyimpanan hasil pertanian.

Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan .

Bandar-bandarnya dirancang begitu rapi dengan susun atur yang sistematik. Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan, serta sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.

Bandar-bandarnya juga disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat .

Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain.

Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang.

Bandar-bandar dihubungkan dengan jalanraya dan sungai.

1.2.2 Organisasi sosial/Susun lapis masyarakat :

Masyarakat di lembah Indus terbahagi kepada dua – Gol. atasan dan bawahan.

Gol. Atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang .

Pendeta merupakan kelas atasan yang utama. Bilangan pendeta kecil tetapi berkuasa dan berpengaruh besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutama berkaitan keagamaan. Sejarawan berpendapat bahawa pendeta memegang tampuk pemerintahan.

Gol. Bawahan memberikan ketaatan kepada gol. Pendeta atas dasar keagamaan.

Gol. Bawahan terdiri daripada petani, buruh dan hamba. Petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian hasil tersebut kepada pihak berkuasa.

Gol. Buruh menjalankan kerja perburuhan spt. menjaga kebersihan bandar, membina tembok di benteng, dan membina terusan.

1.2.3 Pengkhususan pekerjaan :

Pengkhususan yang jelas dalam bidang ekonomi.

Pelbagai kegiatan ekonomi telah dijalankan spt. perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan.

Mereka secara khusus mengadakan hubungan perdagangan luar dengan Mesopotamia.

Cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus ditemui di Mesopotamia membuktikan hubungan dagangan antara kedua-dua tamadun ini.

Antara hasil perdagangan penting ialah emas, gading gajah, manik dan hasil pertanian.

Petani menanam tanaman makanan spt. barli, kacang dan sebagainya.

Gol. artisan pula terlibat dalam penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.

1.2.4 Kepercayaan dan agama :

Dikenal pasti tamadun ini mempunyai satu amalan agama.

Buktinya ialah dengan penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan.

Penemuan sebuah patung proto-Siva yang menunjukkan seseorang sedang duduk bersila dengan stail yoga, di kepalanya terdapat tiga tanduk yang melambangkan Dewa Brahma, Vishnu dan Siva.

Kewujudan patung proto Siva ini sangat penting kerana ada perkaitan dengan agama Hindu kemudiannya.

Masyarakat tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu.

Kepercayaan terhadap Tuhan Ibu dibuktikan dengan penemuan patung wanita.

Tuhan Ibu disembah oleh masyarakat Lembah Indus bagi melambangkan kesuburan.

Dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu ini turut berlaku dalam masyarakat yang mendiami Mesopotamia, Asia Kecil, Syria dan Palestin.

1.2.5 Sistem Tulisan :

Mempunyai satu sistem tulisan yang berbentuk piktograf.

Sehingga kini, tulisan tamadun Indus masih lagi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan.

1.3 Sumbangan Tamadun Indus

1.3.1 Mengeksploitasi kelebihan :

Masyarakat Lembah Indus berkeupayaan dan berkebolehan mengeksploitasi kelebihan yang mereka miliki untuk memudahkan kehidupan mereka.

Akhirnya menjadi asas kepada perkembangan tamadun dan kemajuan kehidupan harian mereka.

1.3.2 Perancangan bandarnya :

Tamadun ini dikenali kerana perancangan bandarnya.

Keupayaan mereka mewujudkan bandar terancang seperti Mohenjo Daro dan Harappa memerlukan gabungan kepakaran iaitu dari sudut letak dan pengisian bandarnya.

Pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian, dan matematik sangat diperlukan.

Kemampuan masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang geometri dan pembinaan.

Pemahaman tamadun ini dalam geometri hasil pertembungannya dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba telah membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat yang diikuti oleh jalan raya yang lurus.

Mutu bahan binaan juga telah ditingkatkan.Masyarakat Lembah Indus berjaya melaksanaknnya dengan menghasilkan batu bata yang dibakar dengan suhu yang tinggi.

Kecemerlangan perancangan bandar merupakan hasil gabungan daripada pelbagai pengetahuan dan pencapaian termasuklah geometri dan matematik serta teknologi pembakaran batu bata.

1.3.3 Sifat keterbukaan :

Sifat keterbukaan tamadun ini dalam membuat hubungan dengan tamadun lain sangat penting .

Kecemerlangan tamadun ini adalah hasil hubungan serta pertukaran pendapat dengan tamadun lain iaitu tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba .

Hubungan tersebut telah memanfaatkan kedua-dua belah pihak.

Tamadun Indus pandai menyesuaikan segala pengaruh dari luar dengan keadaan dan suasana tempatan .

Daya kreativiti masyarakat Lembah Indus dalam menjadikan sumber asas kehidupan sebagai pemacu kepada kejayaan juga penting .

1.3.4 Keamanan :

Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan merupakan tunjang kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

2.1 TAMADUN HWANG HO – PROSES PEMBENTUKAN

Jumpaan tengkorak homo sapiens(manusia moden) dikenali sebagai Peking Men membuktikan adanya kehidupan sejak Zaman Paleolitik lagi.

Namun hanya pada era Neolitik sekitar tahun 5000 S.M. munculnya aktiviti pertanian dan penternakan.

Pada sekitar tahun 2205 – 1766 S.M. dinasti beraja pertama diasaskan oleh Dinasti Hsia namun belum dapat disahkan kewujudannya melalui bukti sejarah .

Pada sekitar tahun 1766 – 1050 S.M., Dinasti Shang dapat dibuktikan kewujudannya melalui jumpaan arkeologi.

Pada penghujung pemerintahannya, Dinasti Shang disingkirkan kerana kezaliman pemerintahan Raja Shang oleh kebangkitan hamba dan suku Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei di barat.

Dinasti Chou menggantikan pemerintahan Shang dari tahun 1050 S.M. – 256 S.M ..

Kesuburan kawasan sekitar Hwang Ho dapat menarik penduduk nomad untuk menetap dan membina petempatan awal di kawasan tersebut.

Petempatan awal penduduk Hwang Ho bermula di tapak Banpo berdekatan bandar Sian moden.

Aktiviti-aktiviti kehidupan penduduk di kawasan tersebut ialah pertanian, penternakan binatang, mengumpul hasil hutan dan memburu.

Petempatan awal ini terus berkembang dan melahirkan beberapa buah bandar di Lembah Hwang Ho, antaranya Anyang .

Bandar Anyang merupakan pusat pemerintahan kerajaan Dinasti Shang.

2.2 Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho

Petempatan awal yang berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan petempatan kekal di bandar-bandar, antaranya negara kota Anyang.

Anyang terletak di tanah tinggi di Sungai Huan.

Di bandar ini terdapat istana, kuil, dan pusat pentadbiran serta tempat tinggal ketua pemerintah, iaitu raja, golongan pembesar, dan golongan agama .

Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh serta dikelilingi oleh perkampungan masyarakat petani.

2.2.1 Organisasi sosial masyarakat Shang

Lapisan paling atas diduduki oleh golongan raja( peneraju ), bangsawan, pembesar dan pegawai kerajaan .

Lapisan bawahan diduduki golongan petani( membentuk sebahagian besar penduduk, mendiami kawasan di luar bandar, iaitu di sekeliling negara kota ), golongan artisan dan pedagang. .

Golongan artisan( petukang/mahir tangan ) menguasai teknologi gangsa. Gangsa digunakan untuk menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda dalam ketenteraan, serta peralatan untuk upacara keagamaan.

Hanya golongan pembesar sahaja mampu memiliki tentera dan senjata gangsa. Keistimewaan ini mereka gunakan untuk menundukkan golongan bawahan .

Lapisan paling bawah diduduki oleh hamba. Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang.

2.2.2 Pengkhususan Pekerjaan

Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing.

Ada dua kumpulan tentera, iaitu tentera berkereta kuda dan tentera berjalan kaki

( infantri ) .

Golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan . Golongan inilah yang membentuk kumpulan artisan .

Golongan artisan telah mereka cipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas makanan dan minuman, senjata dan barang tembikar .

Golongan hamba pula berfungsi sebagai tentera paksaan selain digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan, dan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan/pemujaan .

2.2.3 Sistem Pemerintahan

Dinasti Shang mengamalkan sistem pemerintahan beraja .

Pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan saudara leleki yang lebih muda atau putera raja .

Raja-raja Shang mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan agama .

Raja-raja ini berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran .

Masyarakat tamadun ini percaya yang kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan dan raja-raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama .

Golongan bangsawan dan pegawai kerajaan membantu raja dalam urusan pentadbiran .

Golongan bangsawan dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya terutamanya yang di luar pusat pentadbiran .

Mereka berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal pungutan cukai, pertahanan, dan undang-undang .

Sistem yang sama diasimilasikan oleh Dinasti Chou apabila mereka mengambil alih pemerintahan Shang .

Raja-raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah .

Pembesar tempatan dilantik di setiap wilayah ini .

Amalan ikrar taat setia dan pemberian hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang merupakan cara raja-raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan . Mereka juga diminta untuk melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang serta diberi hak untuk bertindak sebagai ketua agama dalam upacara pengorbanan .

2.2.4 Agama dan Kepercayaan

Banyak kepercayaan diamalkan termasuk animisme dan politeisme .

Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang. Selain itu, mereka juga menyembah – tuhan syurga ( Shang-ti ), tuhan bumi ( Tu ), di samping penyembahan terhadap sungai, bukit dan gunung .

Shang-ti merupakan dewa tertinggi di syurga dan merujuk pada nenek moyang pemerintah Shang.

Orang China kuno mempercayai satu kuasa agung dikenali sebagai Tien.

Tien boleh dimaksudkan sebagai suatu makhluk unggul atau kuasa tertinggi alam semesta . Tien juga kadang-kadang dirujuk sebagai syurga . Pemikiran ini seterusnya mempengaruhi konsep Yin dan Yang .

Upacara penyembahan yang diketuai oleh golongan bomoh melibatkan permainan muzik, tarian, dan upacara korban .

Jumpaan tulang binatang dikenali sebagai tulang oracle/tulang nujum dan kulit kura-kura merupakan keunikan tamadun ini . Tulang oracle berfungsi untuk meramal sesuatu keadaan . Golongan bomoh yang terlibat dalam penilikan atau ramalan ini akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan pada tulang. Corak rekahan yang timbul ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian .

2.2.5 Sistem Tulisan

Amalan penilikan tulang oracle ini membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China kerana rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan idea masyarakat tempatan untuk mencipta tulisan .

Tulisan China ini berbentuk ideogram, iaitu berbentuk simbol atau gambar spt. kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai . Tulisan ini berubah kepada bentuk spt. yang terdapat pada hari ini .

2.2.6 Sumbangan Tamadun Hwang Ho

Politik

Tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno .

Sistem pemerintahan monarki telah diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching .

Hanya sedikit perubahan dilakukan terutama gelaran raja ditukar kepada maharaja .

Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja(maharaja) serta amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20 .

Ekonomi

Sumbangan dari segi pembinaan sistem pengairan dalam pertanian .

Pemimpin sejak zaman Shang amat prihatin terhadap pembangunan pertanian .

Justeru, terusan-terusan dibina untuk mengairi kawasan pertanian serta untuk mengelak berlakunya banjir . Pada zaman Chin, Shih Huang Ti telah meneruskan sistem pengairan ini dan membina sebuah terusan untuk mengairi kawasan pertanian di wilayah Szechwan .

Pembangunan dalam sektor pertanian membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit .

Petani juga mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman .

Petani kemudiannya menggantikan alat pertanian daripada kayu dengan alat-alat daripada besi .

Sistem tulisan

Tulisan berbentuk simbol disebut ideogram berubah menjadi lebih kompleks spt. pada hari ini .

Pengunaannya meluas dalam bidang penulisan dan percetakan .

Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah di China .

Ia terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Jepun dan Korea .

Kepercayaan

Amalan pemujaan roh nenek moyang sejak zaman Shang berkekalan sehingga kini .

Ia telah diteruskan mengikut kesesuaian masa .

Cth . unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur makanan, duit kertas, dan barangan perhiasan .

Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.

Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi, iaitu Yin dan Yang . Yin ialah kuasa pasif dan Yang ialah kuasa aktif .

Feng Hsui merupakan falsafah Taoisme yang berlandaskan falsafah alam semesta yang merujuk pada hubungan antara manusia dengan alam sekitar terutamanya bagaimana manusia boleh hidup secara berharmoni dengan alam sekitar .

Sistem kalendar

Diperkenalkan semasa pemerintahan Shang .

Mempunyai 30 hari dalam sebulan, 360 hari dalam setahun .

Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan menuai .

Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian spt.

· Upacara perkahwinan

· Perburuan dan

· Pengkebumian

Pengamalan Falsafah Perang Sun Tzu merupakan satu lagi sumbangan penting tamadun ini sehingga kini .

Karya beliau, The Art Of War yang membicarakan selok-belok perang dan bagaimana menangani musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa, diaplikasikan sebagai taktik dalam urusan perniagaan .

Bab 2 – Peningkatan Tamadun

· Tamadun Yunani

· Tamadun Rom

· Tamadun Indus

· Tamadun China

Peningkatan tamadun merujuk pada kemampuan manusia menggunakan pemikiran mereka untuk – mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam persekitaran untuk membentuk kehidupan yang lebih maju dan kompleks daripada sebelum itu .

Peningkatan sesebuah tamadun dapat dilihat menerusi kemajuan yang dicapai dalam 3 aspek utama iaitu –

· Politik

· Ekonomi dan

· Sosial

Politik merujuk pada –

· Sistem pemerintahan dan pentadbiran* * *

· Perundangan* * * dan

· Perluasan kuasa

Ekonomi merupakan kegiatan untuk memenuhi keperluan hidup spt;

· Bertani

· Berdagang dan

· Menghasilkan barang untuk diniagakan

Sosial pula lebih menekankan aspek ;

· Pendidikan

· Falsafah

· Kesenian

· Kesusasteraan

· Seni bina* * * serta

· Sains dan teknologi

(* * * sudah disoal dalam K2,SPM 2004,2005 & 2008)

[ Maka ada baiknya kalau kajian ditumpukan kepada yang belum disoalkan ]

NOTA BERKAITAN PELBAGAI TAJUK TINGKATAN 4 & 5

Bab 2 - Tamadun India

Peningkatan Ekonomi

Dalam tamadun India aktiviti perdagangan mengalami perkembangan sangat pesat sejak abad ke-3 M.

Melibatkan perdagangan dalaman dan perdagangan luar .

Antara pusat-pusat perdagangan penting – Anga, Kalinga, dan Karusa .

Menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara .

Kerajaan Maurya mengadakan hubungan perdagangan dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara .

Antara pelabuhan yang penting di bahagian Timur termasuklah Tamralipti, Ghantashala, dan Kadura .

Di bahagian barat ialah Broach, Chaul, Kaylan, dan Cambay .

Wujud sresthin - iaitu persatuan perdagangan dan perusahaan di stiap bandar .

Antara sresthin itu ialah sresthin untuk tukang kayu, tukang logam, tukang kulit, dan sebagainya.

Matlamat sresthin ialah untuk ;

v Mengawal harga barangan,

v Mengawal kualiti barangan, dan

v Mengawal gaji pekerja

Pelaksanaan undang-undang bagi mengawal persatuan diawasi oleh raja .

Dalam proses jual beli, mata wang digunakan . Semasa zaman Gupta, mata wang emas digunakan . Penggunaan mata wang membuktikan pemerintah dalam tamadun India spt. Dinasti Maurya dan Gupta telah melaksanakan satu dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik .

Perkembangan dalam perusahaan sangat menyokong aktiviti perdagangan spt. pengeluaran tekstil, kain kapas, dan sutera ( yang berpusat di Bengal dan Benares ) .

Perusahaan yang berasaskan barangan emas, mutiara, dan batu permata turut berkembang .

Sejak Zaman Maurya, pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai jenis hasil perdagangan spt. hasil pertanian dan hasil buah-buahan .

Tujuan cukai tersebut ialah untuk ;

v Menyara anggota tentera,

v Para pentadbir, dan

v Raja

Pada Zaman Gupta, perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu telah berkembang dan meningkat . Perdagangan maritim dengan Rom dan Sri Lanka juga turut berkembang .

Pedagang India mendapat hasil seperti rempah, bedak wangi, dan besi dari Alam Melayu.

Tekstil, barang kaca, dan minyak wangi dari China .

Tamadun China

Peningkatan ekonomi berlaku semenjak zaman Dinasti Shang .

Antara kemajuan yang dicapai ialah dalm pertanian, perdagangan dalam negeri dan maritim, perusahaan, dan pembentukan persatuan perusahaan .

Dinasti Han – Bidang Pertanian

Dalam bidang pertanian :

Sejak Zaman Dinasti Han, tenggala diperkenalkan untuk membuat batas tanaman .

Kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda dan kereta sorong . Mereka juga mencipta penyisir tanah .

Pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming, dan Ching, penciptaan alat pertanian terus berkembang dan meningkat .

Sistem penanaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah .

Pada zaman Dinasti Shang, kawasan bukit telah diteres untuk pertanian. Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal serta untuk mengawal banjir .

TINGKATAN 5 PELBAGAI TAJUK TERPILIH DARIPADA BAB 7, 8 & 9

1. Bincangkan ciri-ciri yang wujud dalam Perlembagaan Malaysia sebagai undang- undang tertinggi negara .

2. Mengapakah undang-undang penting dalam kehidupan manusia ?

3. Terangkan proses meluluskan undang-undang di parlimen Malaysia .

4. 4. Senaraikan ciri-ciri pemimpin yang berwibawa .

5. Apakah maksud jata negara ?

6. Huraikan kepentingan Jalur Gemilang .

PEMBANGUNAN EKONOMI DAN PEMBANGUNAN SOSIAL - PENTING DALAM PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN NEGARA .

DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL DILAKSANAKAN DALAM BENTUK PENDIDIKAN DAN PENGLIBATAN DALAM BENTUK AKTIVITI SOSIAL . ANTARA DASAR YANG BERKAITAN TERMASUKLAH RUKUN NEGARA, DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN, AKTA BAHASA KEBANGSAAN DAN SUKAN UNTUK SEMUA.

7. Rancangan Pembangunan Lima Tahun ( Bab 8 ) - Membuat penilaian thdp kesan

Pelaksanaan DEB yang berakhir pada tahun 1990 . ( hlm 205/205, B/teks )

7.1 Dasar-dasar Pembangunan Ekonomi ( senaraikan )

ü Dasar Persyarikatan Malaysia

ü Dasar Penswastaan Malaysia

ü Dasar Hala Tuju Cara Baru

ü Dasar Kependudukan Negara ( Rasionalnya ) - Kemajuan/Pembangunan, Keselamatan/Pertahanan

8. Rukun Negara - diwujudkan akibat apa ?

- Matlamatnya

- Kepentingan RN sebagai ideologi negara

- Bincangkan setiap prinsip RN

9. Dasar Pendidikan Kebangsaan & Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Ø Usaha-usaha krjn membentuk satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan

Ø Usaha-usaha pembentukan pendidikan bercorak kebangsaan mula diusahakan sejak bila ?

Ø Dasar-dasar Pendidikan Kebangsaan - OrdinanPelajaran 1957

- Laporan Rahman Talib 1960

- Akta Pelajaran 1961

Ø J/K Kabinet 1974 - mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan dibincangkan

u Falsafah Pendidikan Kebangsaan - dianggap sebagai pelengkap dasar pendidikan

Kebangsaan

v Kenalpasti langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan ke arah mewujudkan Sistem

Pendidikan Kebangsaan

n Analisiskan ciri-ciri/unsur-unsur yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Senaraikan hasil analisis anda. Hlm 215, b/teks.

Langkah-langkah Ke Arah Sistem Pendidikan Kebangsaan

Laporan Barnes 1950

Laporan Fenn-Wu 1951

Ordinan Pelajaran 1952

Penyata Razak 1956

Ordinan Pelajaran 1957

Laporan Rahman Talib 1960

Akta Pelajaran 1961

10. Akta Bahasa Kebangsaan


u Kedudukan BM sebagai bahasa kebangsaan dalam perlembagaan untuk menjamin perpaduan rakyat.

u Antara langkah kerajaan untuk memartabatkan BM termasuklah;

ü Penubuhan DBP,

ü Mengadakan kempen-kempen ?

ü Menubuhkan Sekolah Menengah aliran Melayu - contoh-contoh

ü Kewujudan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 - fungsinya semakin mengukuhkan kedudukan BM

ü Penukaran bahasa pengantar ke bahasa Melayu bagi sekolah rendah bermula pada tahun 1970

ü Penubuhan Universiti Kebangsaan Msia pada tahun 1977

ü Penggunaan bahasa melayu di Mahkamah mulai tahun 1990

11. Dasar Kebudayaan Kebangsaan ( KEKKWA kpd JKKN )

a) Latar belakang dan tujuan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

b) Antara tujuan utama dasar ini ; untuk

Memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan serta

Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan,

Mempertingkat kualiti kehidupan dan aspek kemanusiaan serta kerohanian

( yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi )

12. Sukan Untuk Perpaduan/Sukan Untuk Semua

Membincangkan peranan sukan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi dan

dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.

Justeru, aktiviti sukan diberi penenkanan sejak dari bangku sekolah lagi.

Tajuk : MALAYSIA KE ARAH NEGARA MAJU

v Membincangkan Wawasan 2020 yang akan membawa Msia ke arah negara maju

v Kemajuan yang ingin dicapai ialah - menjadi negara maju dalam erti kata kemajuan bersepadu dan mengikut acuan rakyat Msia sendiri .

v Kesemua 9 cabaran W2020 dibincangkan

Rumusan :

v Wawasan 2020 menuntut penghayatan dan penglibatan semua lapisan masyarakat.

v Status Msia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 memerlukan penglibatan

semua lapisan masyarakat sejak wawsan tersebut dilancarkan.

Kaedah mnemonics untuk mengingat kesemua cabaran tersebut;

Urutan

Cabaran-bina/pupuk/wujud/jamin

Pertama

Bina 1 padu

Kedua

Bina Jiwa bebas,tenteram,yakin

Ketiga

Pupuk& bina demo.mat

Keempat

Wujud mor.etika

Kelima

Wujud mat.lib.tol

Keenam

Bina maju.sains

Ketujuh

Wujud buda.yang

Kelapan

Jamin eko.adil.saksama

Kesembilan

Pupuk&bina makmur

v Huraikan tanggungjawab murid dalam merealisasikan W2020.

Ø Menuntut ilmu sebanyak yang mungkin

Ø Menjauhi segala gejala yang tidak mendatangkan faedah atau yang merugikan

Ø Menghayati hasrat pemimpin-pemimpin negara

Ø Menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal ke arah w2020


BAB 9 - MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

1. Faktor-faktor berlakunya PD 1 (m/s 229-230) - Faktor politik, ekonomi, faktor segera/Semerta.

2. Dua pakatan - Pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga

( Negara-negara anggotanya ? ).

3. Kesan politik ,ekonomi dan sosial PD 1.- tamatnya pemerintahan beraja di Eropah, Persidangan Damai( Perjanjian Versailles termeterai ), pembentukan Liga Bangsa 1919 dan matlamatnya . Kesan ekonomi - berlakunya inflasi dan hutang peperangan yang tinggi, masalah pengangguran, pasaran dan perdagangan dunia. Kesan sosial - kehilangan nyawa yang begitu ramai .

4. MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA

² Komanwel

² Pergerakan negara-Negara Berkecuali (NAM)

² Negara-Negara Selatan

² Pertubuhan Persidangan Islam ( OIC )

( Pertubuhan tersebut belum keluar lagi dalam SPM 2004 - 2009. Justeru perlu dikaji dari segi matlamat/tujuan perubuhan, peranan dan sumbangan Msia dalam setiap satu serta manfaat/faedah yang diperoleh Msia dpd setiap satu ).

Cth :

a. Siapa yang mencadangkan penubuhan OIC ?

b. Apakah matlamat penubuhan OIC

c. Nyatakan sumbangan Msia dalam OIC

d. Senaraikan manfaat/faedah yang telah diperoleh Msia melalui OIC

5. CABARAN MASA DEPAN

Ø Maksud Globalisasi

Ø Dua pandangan tentang globalisasi

Ø Usaha kerajaan Msia untuk memajukan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) hlm 260-261)

Ø Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor ( MSC ) - maksud dan tujuan . Hlm 261

Ø Langkah-langkah yang telah diambil oleh Msia untuk merealisasikan konsep K-masyarakat .

Ø Maksud k-masyarakat atau k-society

Tip-tip Tambahan

1. Dua peristiwa ke arah Hijrah - PAq Pertama & PAq Kedua dari segi kandungan dan kesan kedua- dua perjanjian

2. Penentangan oleh orang Arab Quraisy thdp dakwah Islamiah/ajaran Islam.

B/manakah cara-cara Nabi Muhd. S.a.w. menangani penentangan tersebut?

3. Sumbangan Khalifah Uthman b. Affan dan Khalifah Ali b. Abu Talib

4. Pembentukan dan sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah dan Kerajaan Bani Abbasiyah

5. Revolusi Pertanian di Eropah - bermula di Britain ( Ting. 4, Bab 9 )

6. Gerakan Nasionalisme - tahap pertama dan tahap kedua di AT

7. Keunikan Thailand - Tidak pernah dijajah secara fizikal oleh mana-mana kuasa Barat.

v Siapa yang memperkenalkan birokrasi Barat di Thailand ?

v Apakah perubahan pentadbiran oleh Raja Mongkut ? Raja Chulalongkorn ?

v Uniknya Nasionalisme di Thailand berbanding dengan negara2 AT yang lain .

Buat kajian mengikut tahap .

8. Gerakan Nasionalisme di Filipina mendahului negara lain di AT.

v Tuntutan utama gerakan dakyah pimpinan Jose Rizal

v Mengapa Liga Filipina ditubuhkan pada tahun 1892 ?

v B/m? Emilio Aguinaldo berjaya mengusir Sepanyol pada tahun 1898

9. Kemunculan persatuan-persatuan yang membincangkan pelbagai persoalan yang dihadapi oleh bangsa Melayu pada awal abad ke-20.

² Kesatuan Melayu Spura(KMS)

² Persatuan-persatuan negeri-negeri di TM, Swak

² PASPAM

² Persatuan Sahabat Pena di Sabah

² Kesatuan Melayu Muda( KMM )

² Kongres Melayu 1939 dan 1940

10. Banding & bezakan antara Suruhanjaya Reid dan Suruhanjaya Cobbold dari segi

keanggotaan, tujuan/matlamat dan peranan .

11. Anda juga boleh mengkaji Bab 5 : Kerajaan Islam Di Madinah ( hlm 118 - 138 ).

12. Bab 10 : Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

Kedatangan British telah mengubah sistem, bentuk, dan aktiviti ekonomi masyarakat tempatan. Calon perlu mempunyai pemahaman tentang ;

Ø Maksud dan pelaksanaan ekonomi dagangan serta perkara-perkara yang berkaiatan sebagai pakej bagi mencapai matlamat ekonomi British .

Ø Kesan dasar British dalam bidang pertanian kepada masyarakat Melayu

Ø Kesan-kesan Dasar ekonomi British :

ü Pembandaran

ü Pembentukan masyarakat berbilang kaum

ü Sistem pendidikan vernakular

ü Sektor perkilangan

ü Sistem pengangkutan dan perhubungan

ü Perkhidmatan kesihatan

13. Gerakan Islah - Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan terhadap Islam.

l Pendorong/Pelopor gerakan ini : Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh al-Hadi dan Dr. Burhanuddin al-Helmy

l Gol. Ini dikenali sebagai Kaum Muda .

Mereka menyampaikan idea dan menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia.

Kaum Muda menggesa untuk memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu .

Mereka juga menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Islam.

Mereka turut mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan penting dalam memajukan orang Melayu.

l Kaum Muda / Gerakan Islah menggunkan akhbar dan majalah spt. Al-Imam, Neracha,

Idaran Zaman dan Pengasoh untuk menyampaikan idea dan ajaran mereka.

l Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan alim ulama.

Kaum Tua menguasai masyarakat dengan fahaman bahawa Islam hanya tentang

akhirat dan menekankan fardu ain sahaja.Kaum Tua berjaya mempengaruhi raja

dan para pembesar di NNMelayu untuk mengeluarkan beberapa undang-undang

bagi menghalang pengaruh Kaum Muda .Undang-undang tersebut tidak membenar kan risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke NNMelayu.

Undang-undang tersebut juga melarang sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran sultan.

Tekanan British dan Kaum Tua - tidak dapat menghalang sepenuhnya Gerakan Islah dalam masyarakat Melayu.

Gerakan Kaum Muda berjaya menubuhkan beberapa madrasah yang menjalankan sistem pendidikan Islam yang meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat spt. Fardu Ain, Ilmu Hisab,dan Bahasa Inggeris. Pelajar perempuan juga turut diberi peluang untuk mendapat pendidikan di madrasah tersebut .

n Gerakan Islah oleh Kaum Muda ini hanya bergerak dengan baik di NNSelat sahaja.


14. Sila rujuk balik kesemua soalan Sejarah dalam peperiksaan pertengahan penggal pertama, peperiksaan penggal pertama, pertengahan penggal kedua dan peperiksaan akhir tahun Ting. 4 (2009) .

No comments:

Post a Comment