Pages

Display

Display
Ideal lifetime partners

Saturday, October 16, 2010

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK SMK ST. TERESA KUCHING, SWAK.

SMK ST. TERESA KUCHING,

JALAN TUN ABANG HAJI OPENG,

93000 KUCHING.

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN

SEJARAH 1249 SPM

CEMERLANG – SANGAT BAIK

BINTANG-BINTANG CEMERLANG PADA MALAM ITU

ERTINYA

BINTANG-BINTANG BERSINAR(BERCAHAYA) DENGAN TERANG, BERKILAUAN, GILANG-GEMILANG PADA MALAM ITU

Siti Fatimah Mukhtar

Hobi : Membaca dan melayari internet

Moto Hidup : Be The Best Among The Best

Guru Sumber Kejayaan Catat 17 1A dan 1 2A ( SPM 2006 )

KEJAYAAN Nur Amalina Che Bakri memperoleh 17 1A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2004 menerbitkan semangat di hati Siti Fatimah Mukhtar, 18 untuk mengikut langkah pelajar yang menjadi kebanggaan negara. Dia tahu, jika dia berjaya mencatat kejayaan persis Amalina, pasti akan mengundang kegembiraan kepada keluarga dan sekolahnya.

Sebaik menjejakkan kaki ke sekolah menengah, dia sudah belajar bersungguh-sungguh sebagai persediaan bagi menghadapi SPM yang bakal menjadi kayu pengukur sejauh mana langkahnya akan pergi demi mencapai cita-cita pada masa depan. PMR – 9A

Siti memperkuatkan azam untuk mengukir kejayaan sekali lagi. Justeru, Siti Fatimah tidak membuang masa. Cuti panjang persekolahan sebelum memasuki tingkatan empat dihabiskan dengan membaca buku-buku rujukan SPM bagi memudahkannya memahami pelajaran apabila sesi persekolahan bermula.

Rahsia Kejayaan

Siti Fatimah beberapa kali menegaskan bahawa sesi perbincangan yang sering diadakan dengan guru-gurunya antara faktor kejayaan.

“ Jika ada perkara yang saya kurang faham, tanpa membuang masa saya akan terus merujuknya kepada guru. ”

Selain itu, Siti Fatimah juga menekankan kepentingan menumpukan perhatian seratus peratus di dalam kelas.

Sudah menjadi amalannya, dia akan membaca terlebih dahulu topik yang bakal diajar oleh guru sebelum mengikuti kelas.

Setiap hari juga, dia memperuntukkan paling kurang dua jam waktu petang dan dua jam lagi waktu malam untuk menelaah pelajaran.

Rahsia lain ?

Dia juga mengamalkan memakan kismis, kurma, vitamin, spirulina dan makanan tambahan lain untuk mencerdaskan minda. Dia juga mengelakkan makanan yang masam-masam.

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

1. Taat kepada Allah

2. Bermotivasi tinggi dan sentiasa menjalankan kegiatan dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan

3. Mempunyai cita-cita, visi dan misi yang jelas

4. Menghormati kedua-dua ibu bapa dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka

5. Menghormati dan menyayangi guru dan tidak malu bertanya dan berinteraksi dengan semua guru

6. Suka dan minat pada setiap mata pelajaran yang dipelajari

7. Mengamalkan kaedah pemakanan yang seimbang dan sihat serta mengelakkan bahan-bahan makanan atau sebarang anasir yang dapat melemahkan daya pemikiran dan ingatan

8. Sentiasa berdoa, bersyukur dan bertawakal serta tawaduk kepada Allah

9. Mahir dengan strategi dan teknik pembelajaran berkesan dan sentiasa tekun belajar

10. Mahir dengan strategi dan teknik menghadapi peperiksaan

11. Berkawan dengan pelajar yang bersikap positif dan komited pada pelajaran

12. Bersedia membantu rakan yang memerlukan bantuan atau pertolongan

13. Memiliki imej kendiri yang positif

14. Memberi ganjaran dan pengiktirafan pada diri sendiri

15. Menjalankan kegiatan riadah bagi menjaga kesihatan badan dan kesejahteraan mental ( Sumber : Buku Smart Study, Malek Muhamat Said, PTS Profesional . )

KETAHUI GAYA BELAJAR ANDA !

Kawan-kawan anda yang selalu duduk termenung di dalam kelas tetapi apabila peperiksaan mereka mendapat keputusan yang lebih baik daripada anda .

Kawan-kawan anda yang bersedia pada saat-saat akhir peperiksaan tetapi mendapat keputusan yang lebih baik daripada anda walaupun anda sudah bersedia lebih awal .

Kisah lawatan ke pameran Sains.

Minggu lalu, Azman, Imran dan Hana pergi ke Pusat Sains Negara untuk melihat pameran sains yang sedang diadakan. Apabila mereka pergi ke sekolah minggu berikutnya, guru mereka menyuruh mereka bercerita tentang pengalaman melawat pameran sains tersebut.

“ Pameran tu penuh dengan lampu-lampu yang berwarna-warni. Saya dapat lihat kehebatan ciptaan sains yang mempunyai pelbaga kegunaan . Saya suka sangat tengok macam mana beberapa alat elektronik canggih yang ditunjukkan. ”

AZMAN( Visual )

“ Semasa saya sampai di sana, saya tertarik dengan kesan khas bunyi yang dipasang di sana . Seolah-olah saya sedang berada di angkasa lepas. Kemudian, ada kesan bunyi seolah-olah saya sedang berada di dasar lautan . Memang menariklah pameran itu . ”

IMRAN( Auditori )

“ Yang paling seronok tentang pameran itu ialah saya dapat naik basikal yang boleh mengeluarkan tenaga elektrik. Lepas itu, saya dapat cuba beberapa alat canggih lain macam teleskop untuk melihat bintang dan teropong untuk melihat pada waktu malam gelap . ”

HANA( Kinestesis/Kinaesthetic )

Otak & Masalah ingatan( Memori )

Dalam kehidupan seharian, manusia pasti menggunakan kebolehan mengingat bagi menyelesaikan segala urusan.

Ingatan atau Memori bermaksud proses bagi membolehkan maklumat itu disimpan ( stored ) dan digunakan pada kemudian hari.

Memori juga diertikan sebagai kebolehan ingatan yang lalu untuk diguna pakai pada masa akan datang.

Ingatan sangat berkait rapat dengan belajar. Sedangkan belajar itu sebenarnya ” pakej ” jalinan pengalaman orang yang mengajar untuk dikongsikan .

Contohnya, apabila anda mendapat soalan peperiksaan, anda gembira sekiranya pernah menelaahnya tempoh hari. Anda menggunakan segala kebolehan anda bagi menjawab soalan itu. Segala kemahiran anda bagi menjawab soalan itu bergantung pada kemahiran anda mengingat.

Selagi ada maklumat di dalam kotak fikiran anda, ia dikorek sehabis-habisnya. Orang yang belajar dan mengingat ibarat orang yang berduit. Apabila tergerak hati hendak membeli, maka dengan mudah dia mengeluarkan wangnya dari sakunya.

Begitu juga dengan orang yang sedang menghadapi soalan ujian, sekiranya ada modal maka dapatlah dia menjawab.

Persoalannya, dapatkah tidak Memori/Ingatan itu dipertingkatkan ?

Jawapannya sudah tentu DAPAT .

Kaedah mengingat asas terbahagi kepada 3 bahagian .

PENGKODAN ( ENCODING )

bermaksud anda menerima maklumat sama ada melalui deria penglihatan, pendengaran atau pancaindera lain . Sekiranya tidak menumpukan perhatian bagaimana otak anda dapat mendaftar masuk kod-kod itu . ( pancaindera - kinestetis/kinaesthetic )

PENYIMPANAN ( STORING )

- hanya berlaku selepas proses pengkodan berlaku. Penyimpanan ini terbahagi kepada 3, iaitu ingatan sensori atau pancaindera yang hanya bertahan beberapa saat sahaja . Selepas itu hilang. Kapasitinya amat terbatas.

- Kedua, ingatan jangka pendek( Short-term memory ) hanya bertahan selama kurang 24 jam. Bahkan ada ahli psikologi mengatakan kurang 6 jam ( beberapa jam ). Kapasitinya agak besar .

- Ketiga, ingatan jangka panjang ( Long- term memory ) bertahan bertahun-tahun lamanya. Kapasitinya maksimum. Ia kekal di dalam ingatan sama ada disebabkan hafalan, belajar, faham dan juga emosi tinggi . Emosi tinggi menyebab anda ingat, contohnya apabila anda melihat suatu kemalangan ngeri, pasti anda ingat sehingga sekarang .

PENGELUARAN ( RETRIEVAL )

- mengeluarkan atau menggunakan maklumat yang telah disimpan .

LUPA ERTINYA KETIDAKUPAYAAN MENGINGAT KEMBALI ATAU SEBAGAI HILANG UPAYA UNTUK BELAJAR .

BIASANYA, LUPA YANG SELALU ANDA ALAMI BERPUNCA DARIPADA KESILAPAN SENDIRI.

Pertama, anda tidak fokus kerana kapasiti ingatan sensori hanya bertahan beberapa saat .

Kedua, masalah pada ingatan jangka pendek . Anda cuba mengingat terlalu banyak perkara dalam kapasiti yang terhad ( Cramming of facts over a short span of time ). Contohnya, anda cuba belajar pada saat akhir dan cuba sumbat banyak maklumat dalam masa yang terhad. Mungkin ia memudaratkan anda nanti.

Ketiga, walaupun ingatan jangka panjang itu kapasitinya besar, ia perlu diulangkaji. Sekiranya tidak, anda lupa atau terus lupa.

Cara OTAK dan KOMPUTER berfungsi sama.

Mula-mula BIOS, kemudian Random Access Memory( RAM ) dan ingatan pada cakera keras.

Sekiranya BIOS komputer anda rosak, ia langsung tidak dapat berfungsi .

Sekiranya anda sumbat segala maklumat ke atas RAM komputer ia terus padam.

Akhirnya, sekiranya anda tidak membuat servis terhadap cakera dengan disc defragmenter, anda pasti hilang banyak data .

OTAK MANUSIA dapat menjadi hebat sekiranya anda tahu cara menggunakannya.

Otak harus diasah agar potensinya bertambah tajam dan menjadi lebih aktif untuk menjalankan fungsinya dengan lebih cekap.

Pengulangan seringkali dikaitkan sebagai kaedah terbaik yang boleh menjadikan ingatan berkekalan sebagai Ingatan Jangka Panjang.

Membaca dan menghafaz sesuatu boleh meningkatkan ketajaman minda seseorang.

Berikan minda anda cabaran bagi merangsangkan pertumbuhan minda ke tahap optimum.

Gunakan kaedah Mnemonik untuk mengingati langkah atau fakta penting. Jangan hafal semua perkara .

( cth : Mengingat peristiwa peperangan antara pihak Islam dengan pihak Arab Quraisy )

622 M – Hijrah orang Islam dari Makkah ke Madinah

4 B 624M - Perang Badar

5 U 625M - Perang Uhud

7 K 627M - Perang Khandaq

0 T 630M - Perang Tabuk

630M Pembukaan Semula Kota Makkah

Ambil vitamin yang boleh membantu menguatkan memori/ingatan ( B6 ) .

Minum air secukupnya ( 8 gelas sehari ) .

Dapatkan tidur yang cukup ( 7 jam ) .

Kertas Peperiksaan Sejarah 1249 SPM

Kertas 1 1249/1 - Kertas Objektif ( 40 soalan ), Masa : 1 jam

20 soalan Sejarah Tingkatan 4

20 soalan Sejarah Tingkatan 5

Kertas 2 1249/2 – Kertas Subjektif , Masa : 2 jam 30 minit

Bahagian AStruktur [ 40 markah ]

4 soalan - Jawab semua soalan.

2004 – T4( 2 ), T5( 2 )

2005 – T4( 3 ), T5( 1 )

2006 – T4( 2 ), T5( 2 )

2007 – T4( 2 ), T5( 2 )

2008 – T4( 2 ), T5( 2 ) dan

2009 – T4( 2 ), T5( 2 ) 2010 – T4( 2 ), T5( 2 ) ???

Bahagian BEsei [ 60 markah ]

5 soalan – Jawab Tiga soalan sahaja

Sukatan Pelajaran Sejarah (1249) Menengah Atas diajar berdasarkan Tema Sejarah yang berkesinambungan dengan Sejarah Menengah Rendah iaitu ;

Tema 7 – Tamadun Awal Manusia

8 – Tamadun Islam Dan Perkembangannya

9 – Perkembangan Di Eropah Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

Tema 10 – Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga PD2

11 – Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Berdaulat

12 – Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa


Tema

2004

2005

2006

2007

2008

2009

7

Bab 2

Bab 1

Bab 1

Bab 3

8

Bab 6

Bab 7

Bab 7

Bab 7

Bab 4

Bab 6

9

Bab 10

Bab 9

Bab 9

Bab 10

10

Bab 1

Bab 3

Bab 2

11

Bab 7

Bab 6

Bab 4, Bab 8

Bab 7

Bab 8

Bab 4, Bab 5

12

Bab 9

Bab 9

Bab 9

Bab 9

(PBB)

Bab 9


KATA TUGAS / KATA DASAR


Kata tugas atau kata dasar yang sering digunakan dalam item-item struktur dan esei mengikut kekerapan sejak Peperiksaan SPM 2004-Sejarah 1249/2

Kata Tugas

Tahun Dan Kekerapan

2004

2005

2006

2007

2008

2009

Jumlah

Apakah

8

4

2

3

8

9

34

Jelaskan

4

3

4

10

6

4

31

Terangkan

6

3

4

4

2

4

23

Nyatakan

4

3

3

3

2

5

20

Mengapakah

2

3

6

2

4

3

20

Berikan

2

4

4

7

2

1

20

Bagaimanakah

2

6

1

4

2

15

Senaraikan

1

1

3

3

8

Huraikan

2

3

1

1

7

Ceritakan

1

1

2

Namakan

1

1

2

Siapakah

1

1

Cadangkan

1

1

Buktikan

1

1

Bil.

Kata Tugas

Maksudnya/Kehendak soalan

1.

Apakah(A1)

Memberi maklumat yang spesifik atau khusus

2.

Jelaskan(A2)

Memberi keterangan tentang sesuatu supaya jelas atau mudah difahami

3.

Terangkan(A2)

Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab

4.

Nyatakan(A1)

Memberi fakta tanpa huraian atau sokongan

5.

Mengapakah(A2)

Memerlukan sebab( sebab apakah )

6.

Berikan

Menyatakan

7.

Bagaimanakah(A3)

Memerihal atau memberi penerangan tentang cara, proses, langkah, keadaan atau kejadian

8.

Senaraikan(A1)

Menyatakan fakta atau pernyataan dalam bentuk senarai atau mata tanpa huraian

9.

Huraikan(A1/A6)

Menerangkan dengan panjang lebar serta teratur atau

terperinci dengan memberi sebab atau alasan. ( ada fakta , ada contoh )

10.

Namakan(A1)

Memberi panggilan atau sebutan bagi sesuatu perkara,bahagian,alat,proses,komponen

11.

Ceritakan(A1)

Kisahkan/riwayatkan, memberi kisah atau riwayat

12.

Siapakah(A1)

Memberi nama/menamakan individu, anggota, kumpulan. Mengenalpasti individu/anggota dalam konteks yang dinyatakan

13.

Cadangkan(A3)

Mengemukakan sesuatu idea atau pendapat

14.

Buktikan(A6)

Menyatakan kebenaran dengan fakta atau contoh. Pernyataan perlu sokongan spt. contoh-contoh

15.

Bandingkan(A6)

Memberi persamaan atau perbezaan dua atau lebih perkara yang dirujuk

16.

Bezakan(A6)

Memberi kelainan atau ketidaksamaan antara dua atau lebib perkara

17.

Bincangkan(A6)

Memberi pandangan dari pelbagai sudut/aspek secara kritis tentang baik-buruk,pro - kontra atau pengaruh

18.

Kemukakan(A6)

Memberi pendapat sama ada menyokong atau membangkang

19.

Ramalkan(A6)

Membuat atau menyatakan jangkaan sesuatu yang akan atau mungkin berlaku berdasarkan fakta

20.

Syorkan(A6)

Mengemukakan sesuatu idea atau pendapat

(A1-Pengetahuan;A2-Kefahaman;A3-Aplikasi;A4-Analisis;A5-Sintesis;A6-Penilaian)


SPM 2006


Item esei 7(c)

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah akan berlaku sekiranya Malayan Union terus dilaksanakan di Tanah Melayu ? ( 8 markah )

( Item jenis KBKK, aras Penilaian, menguji kemahiran calon menilai/meramal w/pun tidak menggunakan kata tugas " Ramalkan " . )

Respons calon L berdasarkan ciri-ciri MU yang akan dilaksanakan oleh British :

a. Semua Negeri Melayu termasuk dua buah Negeri Selat digabungkan dalam satu unit pentadbiran.

· Bermakna hanya negeri-negeri tersebut sahaja yang terletak dalam sebuah unit atau entiti politik

· Swak dan Sabah mungkin sekali bukan merupakan sebahagian daripada Msia pada hari ini

b. Tanah Melayu mungkin sekali lambat mendapat kemerdekaan

c. Institusi Raja akan menjadi lebih rendah( Gabenor British mengetuai Malayan Union dibantu oleh Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union )

d. Kuasa RRM terus terhakis

e. British terus menjadi tuan di TM

f. S'pura dan TM terpisah dan tidak lagi menjadi sebahagian daripadanya

g. Semua orang yang dilahirkan di TM akan menjadi rakyat yang sama taraf di TM ( Kewarganegaraan sama rata dengan penerimaan prinsip jus soli sebagai asas kerakyatan ).

h. Orang Melayu mungkin sekali kehilangan ketuanan di TM

i. RRM berkemungkinan kehilangan kuasa mutlak

j. Ini merugikan orang Melayu

k. RRM dan pemimpin-pemimpin tempatan tidak berpeluang menerajui kerajaan dan politik negara

l. Negara dan bangsa yang telah dibina sejak zaman KMM akan terhapus

m. Status quo orang Melayu sebagai peribumi akan terancam

n. RRM akan kehilangan takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu

o. Jumlah orang melayu akan menjadi kecil dengan kedatangan orang dagang

p. Ekonomi dan pendidikan mereka akan bertambah mundur

SOALAN STRUKTUR

KATA TUGAS – APAKAH( A1-34)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan dasar imperialisme ? 1 m

a. Penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara lain yang lebih lemah

b. Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu

JELASKAN( A2-31)

2. Jelaskan peranan individu berikut dalam urusan pengambilan buruh ke Tanah Melayu . 2 m

i. Kheh-thau – individu yang bertanggungjawab mengumpulkan bakal

Imigran dari kampung-kampung di negara China ke Tanah Melayu.

Individu yang bertanggungjawab mengumpulkan masyarakat

Tempatan di China sebelum dibawa ke pelabuhan.

ii. Kangani – individu yang diberi kepercayaan, lesen dan dihantar

pulang ke India oleh majikan untuk mencari tenaga buruh.

Individu yang diber wang pendahuluan untuk membiayai

Perbelanjaan buruh dari India ke Tanah Melayu.

TERANGKAN( A2 – 23 )

3. Terangkan kepentingan institusi kewangan dalam membangun dan

memesatkan ekonomi dagangan di Tanah Melayu . 2 m

Penting -

i. untuk menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelabur.

ii. untuk memajukan dan memesatkan lagi industri getah dan bijih

timah.

iii. untuk memudahkan dan mempercepatkan dana dari luar negara

disalur terus ke Tanah Melayu.

iv. membolehkan bank bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimpor.

v. menjadikan urusan perniagaan antarabangsa bertambah licin.

NYATAKAN( A1 – 20 )

4. Nyatakan slogan – slogan oleh kuasa imperialisme berikut . 3 m

a. Inggeris dan Belanda – " Beban Orang Putih " atau the white man's burden .

b. Perancis – mission civilisatrice atau " Tugas menyebarkan tamadun " .

c. Jerman – " Tugas menyebarkan budaya " .

d. Amerika – The blessings of the Anglo-Saxon protection .

MENGAPAKAH( A2 – 20 ) – PERLU SEBAB, ANDA KENA BERI SEBAB .

5. Mengapakah China dan India menjadi sasaran imperialisme Barat ? 2 m

a. Untuk mendapatkan pasaran bagi hasil pengeluaran industri bagi industri masing-masing.

b. Bagi kes Britain, barangannya tidak lagi dapat dieksport ke Amerika dan Eropah.

c. China dan India berpotensi untuk dijadikan pasaran yang luas bagi barangan mereka.

BERIKAN( A1 – 20 )

6. Berikan jenis-jenis perkhidmatan insurans yang penting dalam perdagangan antarabangsa .

a. Insurans maritim atau kelautan

b. Insurans kebakaran

c. Insurans harta

d. Insurans perniagaan atau kemalangan

e. Insurans nyawa

BAGAIMANAKAH( A3 – 15 ) – PERLU CARA-CARA, ANDA KENA BERI CARA

7. Bagaimanakah cara buruh-buruh dari China dan India masuk ke Tanah Melayu ? 3 m

a. Dengan cara sistem tiket kredit

b. Dengan cara pengambilan kakitangan

c. Dengan cara pengambilan rumah kongsi

d. Dengan cara bebas/merdeka

e. Dengan cara sistem kontrak

f. Dengan cara sistem kangani

No comments:

Post a Comment